
![]() Le Director ![]() Come And Sing Together
| ---> Cemburu
Assalamualaikum dan selamat
malam warga blogging sekalian , malam ini terasa nak update pasal CEMBURU . Yea
, cemburu sangat sinonim dalam perhubungan , xkisah lah dalam percintaan ,adik
beradik , keluarga mahupun suami isteri , Senang cerita , semua pernah rasa lah
perasaan cemburu nie kan ?? Jadi , hati tiba-tiba terdetik nak tulis pasal nie
, teringin nak tahu erti sebenar perasaan cemburu ni . Semua manusia
senang-senang mengeluarkan kata cemburu tapi pernahkah kita fahami erti
sebenarnya ?? Jadi disini saya nak rungkaikan sikit-sikit . Harap kawan kawan
fahami lah .
Imam Fudhail ‘Iyadh r.m mentakrifkan cemburu itu sebagai perubahan bentuk kata-kata
seseorang akibat berubahnya suasana hati yang bergelegak kerana marah. Ini
disebabkan ikut sertanya orang lain dalam sesuatu yang dirasakan khusus milik
dirinya .
Sebenarnya bukan semua
cemburu itu tidak baik. Ada cemburu yang bijak dan terpuji malah disukai Allah.
Nabi s.a.w ada bersabda ; “ Diantara kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan
ada yang dibenci Allah. Adapun yang disukai Allah ialah cemburu yang berisi
keraguan, sedangkan yang dibenci Allah ialah cemburu yang tiada ragu-ragu lagi.
” (Riwayat Abu Daud)
Tidak sempurna cemburu itu
jika hanya sebagai tanda sayang. Cemburu juga perlu kerana sayang.
Persoalannya, sayang yang bagaimana? Sebagai contoh; tidak cukup sayangkan
isteri kerana kecantikan rupa parasnya. Jika demikian, apabila kecantikan itu
hilang dimamah usia maka akan pudar jugalah rasa cemburu suami terhadap
isterinya. Sayang tidak akan kekal dan cemburu tidak akan berterusan jika
diikat dengan suatu yang tidak abadi dan hakiki kerana mengalami perubahan.
Sebagai contoh yang sebaik
untuk cemburu ;
Aku sangat mencemburui
zaujiku yang sangat rajin mengaji Quran setiap masa santainya. Aku cemburu pada
zaujiku kerana masakannya sangat enak. Aku cemburukan zaujiku kerana wajahnya
yang sentiasa tenang dan tersenyum walaupun ketika musibah datang.
Cemburui isterimu kerana dia
sentiasa bangun malam. Cemburui dia kerana kesukaannya melakukan amal soleh.
Cemburui isterimu kerana dia suka berjariah. Cemburui isterimu kerana
ketaatannya, bukan taatkan kepadamu sahaja , tetapi ketaatannya kepada Allah
dan rasulNYA .
Jadi memang benar cemburu itu
tanda sayang dan kerana sayang. Sayangilah apa jua, asalkan dihubungkan dengan
kasih sayang kepada Allah yang empunya segala-galanya. Cemburu itu adalah
pengimbang dan pengimbas kasih sayang. Ia merupakan satu keperluan kehidupan.
Asalkan neraca dan teropong yang menjadi asas kecemburuan itu selari dengan
kehendak Allah s.w.t : )
Mudah-mudahan dengan cemburu
itu terbuka pintu pengampunan Allah < 3
-à Disini , pendapat yang diberikan oleh
seorang kakak , lebih kepada umum berkaitan cemburu ini. Tak kisahlah cemburu
buta ataupun tak buta .
Cemburu xbuta – cemburu yang
btempat, means.. tau time bla yg pt0t cmburu..
Cth; cmburu seorang is3 pd
suami yg m’abaikannya..:)
*suami yg bcinta lg xpt0t
dcemburui slgi tgugjwb dia sbg suami xterabai..
^_^
p/s ; se0rg gf xpt0t jeles bf
nya dlm map jua keadaan c0z zda hak, k.. bgitu jg sbaliknya !~
** wALLAHualam : )
credit ; google image :)
|