
![]() Le Director ![]() Come And Sing Together
| ---> Erti Sebuah Persahabatan
Assalamualaikum
dan selamat petang wahai pembaca terhormat blog saya , terdetik dalam hati
petang ini untuk menaip tentang PERSAHABATAN , apakah erti persahabatan yang
sebenarnya . PERSAHABATAN ini sangat meluas kan kawan kawan , kekadang kita
sendiri tak tahu erti sebenarnya persahabatan walaupun kita selalu cakap , “
eleh takkan erti persahabatan pun tak tahu kot ” , inilah lumrah manusia yang
sebenar , berlagak pandai padahal tahu pun tarak ! meyh sini saya nak kongsikan
sedikit tentang erti persahabatan yang sebenar mengikut spekulasi islam ,
memandangkan saya juga seorang muslim .
'Teman
yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan
Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya
teringat mati..
“ Sebaik baik sahabat
disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran
disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
Didalam islam jugak telah menyarankan kita beberapa cirri teman
yang perlu dicari , mari kita lihat antara cirri-ciri teman yang baik , adakah
kita mempunyai teman yang mempunyai cirri-ciri ini , dan adakah kita juga
tergolong dalam cirri-ciri sebagai seorang teman : )
Hendaklah kamu memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu
berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga
boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti
dibawah:
· sahabat
yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta
yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
·
sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
·
sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
·
sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Jadi
kepada sahabat saya diluar tue , berhati-hatilah memilih kawan, kerana kawan
boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk
mencari redha-NYA.
oleh:Haslinda Lukman
|