
![]() Le Director ![]() Come And Sing Together
| ---> Bercinta OK ataupun Ko ?
Asslamualaikum, malam
ni, fyqa terasa ringan je jari jemari fyqa nak menaip ceritacerita dan apa
sahaja yang bermain kat fikiran fyqa ni. Harap semua sudi lah nak baca entry
fyqa kali ni. Tajuk fyqa malam ni, BERCINTA OK ATAUPUN KO ? Apa pendapat
kawankawan tentang tajuk ni. Menarik kan. Yela, semua pasti pernah merasai saat
dicintai, sama ada oleh orang yang kita cintai juga ataupun tidak. Takpun,
bercinta sebelum ataupun selepas kahwin.
Kawankawan semua, pada
pendapat fyqa dan mungkin ada sesetengah daripada korang, pasti ingin dicintai
kan ? Bagi fyqa, cinta yang kekal abadi tetap milik Allah yang satu. Kemudian
pastinya ibubapa fyqa. Mana taknya, kalau kita nak kata, kekasih kita yang
kekal, pastinya tak. Tak semua kekasih diluar sana yang sangat bersama kita
dalam apa jua keadaan. Tapi persoalan fyqa, perlu ke kita bercinta? Hmm untuk
dunia diakhir zaman sekarang, kebanyakannya hanyalah cinta palsu dan dusta.
“ Untuk ‘seseorang’
yang dijanjikan Tuhan untukku (insyaAllah) di saat ynag tepat. Dengan cara yang
bersih dan bagi berdampingan denganku, sama-samalah meraih syurga! Untuk
cinta-cinta kecil yang diuji oleh Tuhan kepadaku untuk menjaganya. Untuk semua
orang yang mencintaiku dan kucintai kerana tuhan. ”
Petikan ayat diatas ni,
mungkin kawankawan dapat faham ayatnyakan, sesiapa pun yang kita cintai
perlulah kera Tuhan, kerana ianya insyaAllah akan sentiasa berada dalam rahmat
dan keredhaan Allah.
Kawankawan pasti
perasan kan, dunia sekarang kita mudah jatuh cinta. Tapi kenapa ya? Pasti
kawankawan ada perasan. Terdapat banyak punca kepada mudahnya kita jatuh cinta
kepada seseorang itu. Sememangnya perasaan ini muncul tanpa kita sedari. Bak
kata orang duludulu “tak kenal maka tak cinta”, “dari mata turun ke hati” dan
macam2 lagi.
1; cinta itu datang
pada pandang pertama, apa orang putih cakap, love on the first sight. Ala ala
romantika gitu. Si awek lalu depan rumah, cantik, putih gebu, si lelaki yang
kebetulan keluar rumah ternampak si awek terus terpikat, nak dijadikan cerita pula,
si awek tu, jiran dia. Kan, mudah jatuh cinta. Kebenaran yang tak dapat
dielakkn.
2; cinta melalui
persahabatan yang dah lama atau mungkin singkat. Mula-mula kawan, yela,
samasama bincang pasal kerja sekolah, tukartukar pendapat, bila dah selalu
sangat jumpa, teman antara satu sama lain, tak mustahil lamalama perasaan
sayang tu timbul. Tak sayang maka tak cinta. Itulah jadinya.
3; ada pula tu, bila
kawan tolong jadi match maker, macam agency cari jodoh pula kan. Kawan ni
kesian tengok si dia asyik seorang je, dia pun cari jalan untuk cari kan
temannya pasangan. Cinta monyet lah katakan. Pihak ketiga masuk campur dalam
hubungan. Pening2.
4; sekarang ni, media
massa ni makin menjadi-jadi terkenalnya. Macam-macam laman social dah tumbuh
macam cendawan, lepas tu, ruangan chatting pun banyak. Jadi remaja zaman
sekarang mula semuanya pandai IT, tak mustahil lah mereka senang untuk mencari
cinta. Walaupun tak semuanya dalam media massa yang boleh dipercayai.
5; peristiwa yang kita
tak pernah duga nak jadi dalam idup kita. Bila kita dilanda masalah, tibatiba
si HERO datang tolong. Oh my HERO ! Lepas tu tukar nombor telefon, kenalan dan
jatuh cinta. Okay macam drama lah pulakkan.
Inilah lima cara
bagaimana mudahnya jatuh cinta, fyqa nak cakap banyak pun fyqa ni pernah je
jatuh cinta. Tapi orang kata apa, cinta dusta, cinta monyet. Kelakar jea bila
fikir balik. Sekarang ni, seks bebas dah berleluasa. Kerana apa, kerana CINTA
<3 cinta nie macam macam kan kawankawan. Kononnya sayang sangat pada
pasangan, sanggup serahkan segala jiwa ragalah, tapi akhirnya, habis sepah madu
dibuang. Sedihkan. Tapi kekadang kita tak boleh nak uokum mereka. Manusia tidak
pernah lari dari melakukan kesilapan. Biarlah kalau ada yang kata kita kuno
kerana tidak bercinta, kerana perihalalah akidah dan maruah anda adalah yang
paling utamakan kawankawan. Kita bercintalah dengan semua orang, seperti, warga
tua, kanakkanak dan sesiapa pun umat manusia di bumi Allah ini. Kerana itulah
jalan yang terbaik buat kita semua.
Jadi rakanrakan semua,
jaga diri. Janganlah percaya 100% pada cinta zaman melinium nie. Kebanyakan
hanya menipu. Kelak korang yang akan sakit. Jadi fikirlah, perlu kea kita
bercinta.
## fyqa bukanlah
seorang gades yang sempurna, fyqa akui fyqa sendiri pernah melakukan kesilapan.
Fyqa sentiasa berdoa semoga fyqa diberikan hidayah dan dibuka kan pintu hati
untuk berubah. insyaAllah.
** info2 ini fyqa
dapat melalui buku yang fyqa baca berkaitan cinta. Yang baik datangnya dari Allah, DAN YANG buruk datangnya dari
fyqa sendiri. AMIN~
Credit ; google image
|