
![]() Le Director ![]() Come And Sing Together
| ---> tiada tandingan KASIHMU...
Assalamualaikum rakan2
semua, fuuhh fuuhh, dah bersawang balik dah blog fyqa nie kan. Mana taknya, dah
lama xupdate. Tapi bukan fyqa sengaja tak nak updatekan blog nie, Cuma banyak
berlaku tanpa diduga dalam hidup fyqa sejak akhir2 nie. Hari tue baru je
bersihkan sawangsawang nie kan, tapi nie, penuh balik. Cepat je sawangsawang
nie muncul kat blog fyqa, macam tak bagi fyqa update jea. Heeee.
Firstly, fyqa nak
cerita pasal, fyqa dah berhenti kerja. Yeehaa! Mesti terkejut kan kenapa
tiba-tiba fyqa cakap fyqa dah berhenti kerja. Okay, sebenarnya, bukan fyqa nak
sangat benti kerja awal, cume keadaan fyqa yang tak mengizinkan fyqa kerja
lamalama. Hari tue, lepas fyqa update blog pasal fyqa demam, afta a week lepas
tue, fyqa demam teruk lagi, fyqa pun tak tahu lah kenapa sejak akhir2 nie kesihatan
fyqa nie makin menjadi2. Tapi bila fikir2 balik mungkin sebab fyqa keluar
aritue pastue balik lambat kot, tue yang sampai fyqa demam teruk. Sebab sebelumnya
pun fyqa demam sebab balik lambat, tapi yang haritue tue sebab balik kerja
lambat. Tapi apa pun puncanya sebab balik lambat and lewat malam. Fyqa tak tahu
lah, mungkin fyqa nie memang tak boleh kena angin malam kot, tue yang boleh
demam teruk tue. Almaklumlah, antibody tak kuat sebab kurang darah merah. Jadi kena
terima hakikat yang fyqa nie sememangnya sakit. Nak dijadikan cerita lagi, kali
nie, sakit fyqa teruk sampai berlarutan selama seminggu. Seminggu fyqa
terbaring dan terlantar jea kat rumah. Keluar masuk hospital klinik. Doctor
cakap kena jangkitan kuman dalam badan. subahanALLAH, macam2 dugaan yang fyqa
kena hadapi kan, tapi fyqa tabah, fyqa kena kuat hadapi dugaan dan cabaran yang
dihadapi. Memang sepanjang sakit hari tue, banyak airmata fyqa mengalir keluar,
adakalanya fyqa sedih sebab fyqa tak kuat nak hadapinya, adakala tue, fyqa
sedih, mama sentiasa ada dengan fyqa, bila malam tue, xboleh nak tidur, mama
pun berjaga malam sebab nak jaga fyqa. Ada satu masa tue, fyqa batuk teruk,
lepas tue, semalaman fyqa asyik2 muntah jea, mama tetap juga jaga fyqa walaupun
esoknya mama nak kena pergi kerja. Fyqa terfikir, fyqa nie dah banyak susahkan
mama sebab fyqa nie cepat sangat sakit. Sikit2 sakit. Tapi mama tetap jua tabah
untuk jaga fyqa. TERIMA KASIH MAMA. Mama kata kalau dah sihat nanti mama bawa
gie jenjalan kat Port Dickson.
Alhamdulillah, berkat
doa semua, fyqa sembuh hari Jumaat lepas. Jadi hari sabtu, mama bawa pergi
jalan2 kat PD. Pergi rumah kak ina. Seronok lah jugak, sebab dapat tenangkan
fikiran kat tepi pantai. Amik angin laut. Tenang. Nyaman. Petang tu, mama bawa
g Muzium Tentera Darat. Seronok dan sangat penat berjalan. Dengan panas
teriknya, tapi gagah kan jugak. Sebelum nie pernah pergi situ, Cuma dah lama
sangat, masa tue pun umur berapa pun tak ingat lah. Dapat naik kereta kebal. Lepas
tue, tengok macamne keadaan zaman komunis duludulu. Pengalaman dan pengajaran. Walaupun
fyqa nie ytak minat sangat pun dengan sejarah, tapi layan saja. Malamnya pula,
pergi pasar malam yang agak famous kat PD tu, kat batu 4. Sesiapa tau?? Heee. Tapi
biasa2 jea pun, nothing interesting, tapi ramai juga manusia kat situ. Ditambah
pula, dekat dengan laut, jadi pengunjung beli makanan then makan tepi laut. Perghh
syahdu sangat2. Fyqa ngn family dengan kak ina sekeluarga pun sama, beli
makanan lepas tue makan tepi laut, tapi cumanya, kami pergi makan kat Teluk
Kemang. Dekat kol 9malam baru balik. Alhamdulillah seronok sangat dapat dok
tepi laut sorang2, tenangkan fikiran. TERIMA KASIH MAMA sebab bawa fyqa kat
sini. Esok paginya, pergi mandi laut. Waaah ! lama tak mandi laut, seronok. Sambil
berkelah. Nasib tak ramai sebab belum musim cuti sekolah lagi. Lama mandi
manda, nk tengah hari baru balik. Hee ~ teruja punya pasal, sampai berbelang muka.
Muka dah hitam mandi laut. Yehaaa ! petang tue, sebelum balek rumah balek,
sempat singgah kat pekan PD. Fulamakk !! PD dah maju lah sekarang, macam2
pasaraya besar2 dah ada kat PD tue. Hebat2 : ) Pape pun, fyqa happy sangat. Walaupun
fyqa nie tak sembuh sepenuhnya, tapi atleast mama dah bawa fyqa jenjalan untuk
tenangkan fikiran fyqa.
Okaylah, fyqa dah
penat membebel2 tak tentu pasal kat blog fyqa, entah kawan2 suka baca ke tak
pun fyqa tak taw lah, kalau kawan2 baca, terima kasih lah. Fyqa Cuma nak kongsi
pengalaman fyqa dengan kawan2 semua. Harap kawan2 enjoy lah, walaupun tak best
mana pun ceritanya kan. Hekhek. InsyaAllah ada masa fyqa update lagi pape yang
fyqa rasa nak diupdatekan kat blog fyqa nie. Semoga kalian semua berada dalam
keredhaan ALLAH dan sentiasa sihat walafiat. AMIN ~
Credit ; Google image ..
|