
![]() Le Director ![]() Come And Sing Together
| ---> Fotografi
Assalamualaikum dan
selamat malam buat teman2 sekalian. Kembali menghadap laman blog ni. Fyqa nie
memang macam ni, bila dah mule tulis entry rasa macam tak nak berhenti plak. Tu
yang berderet2 entry baru masuk. Alang2 dah tengah tak ada assignment yang
menggunung, fyqa pun manfaatkan masa yang ada dengan menulis entry kat blog fyqa
ni. Fyqa harap pembaca semua tak pernah rasa bosan lah dengan entry2 yang baru,
hehe.
Fotografi ? Yeah, fyqa
sebenarnya dah lama minat dalam bidang ni, cume tak pernah ada kesempatan untuk
masuk dalam bidang ni. Mama pernah cakap, fotografi ni banyak benda kena jaga. Terutamanya
bila kita tangkap gambar orang. Macamne kalau gambar yang bakal kita tangkap
tu, gambar kemesraan antara bukan mahram? Tak ke berdosa kalau macam tu,
senang2 je nak dapat dosakan? Sebabtu, fyqa lebih senang bergerak sendiri. Macam
freelance fotografi. Sebab bagi fyqa, fyqa lebih suka tangkap gamba bangunan,
bunga or kanak2, yang pasti bukanlah aksi yang tidak mengikut hokum syarak. Tak
semestinya orang macam fyqa tak boleh nak jadi fotografi, boleh saja, Cuma kena
pandai cari dan sesuai kan diri dengan dunia dan elakkan dari melakukan perkara
yang terjerumus kepada dosa.
fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu phos (cahaya), dan graphis (stilus, berus
lukis), atau graphê yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan
cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi
dipanggil "gambar foto". Dalam fotografi digit, istilah
"imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (imej
ialah istilah tradisi dalam bidang optik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap
gambar" dalam bahasa Melayu. ß- ini adalah
sedikit maksud kepada fotografi.
Kepada sesiapa yang sudi nak ajar fyqa tentang
fotografi ni sangat2 dialu-alukan, sebab
fyqa nie budak baru belajar. Tak salah rasanya kita berkongsi hobi yang sama
kan. InsyaAllah kalau diberi kesempatan, fyqa teringin gak nak tangkap gambar
perkahwinan orang yang rapat2 dengan fyqa. Tak salah rasanya kalau sebegitukan.
Semoga kawan2 semua support hobi fyqa yea : )
credit ; google image .
|