
![]() Le Director ![]() Come And Sing Together
| ---> Kesabaran
Assalamualaikum wahai si rakan cyber
.
Kembali lagi fyqa
memanjakan jari menaip dilaman blog fyqa yang xseberapa nie.
Okayh harini fyqa nak cerita pasal
kesabaran.
"Sabar"
dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh
sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau
rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak
rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi
kesusahan, ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak
diingini.
Salah satu cirri orang
yang beriman adalah orang2 yang bersabar. Sabar itu adalah bekalan orang yang
terpaksa, dan kerelaan itu adalah darjat ketinggian para arif. Cara untuk kita
meningkatkan kualiti diri agar lebih berharga dalam pandangan Allah isalah
bersabar. Kita haruslah sentiasa berhati2 dengan nafsu kita agar sifat sabar
itu tidak hilang dari dalam diri setiap manusia.
Sebagai manusia,
kita kena selalu pupukkan sifat sabar dalam diri manusia. Kalau kita tak sabar
macam2 boleh jadi, yang kecik jadi besar , yang sikit jadi teruk. Kalau asyik
nak ikut kepala sendiri tanpa ada sifat kesabaran hancur lah. Bukannya susah
sangat pun nak ada sifat sabar, kena selalu ingat Allah yang Maha Agung, Allah
sentiasa sabar dan terima apa jua perangai manusia, jadi tak salah kalau kita
pun sabar dengan apa jua perangai manusia nie. Rasulullah pun masa nak sebarkan
islam, sabar dengan kata cacian dan dugaan yang dihadapi, Alhamdulillah islam
masih segar sehingga kini. Sabar kan satu sifat yang baik, jadi kenapa nak
elak, kan??
Sabar yang demikian
itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala
ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita
terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan. Malah, dalam segala lapangan,
kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi.
Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.
Antara firman Allah
Taala tentang hal ini ialah: "Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin
yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar". (QS.
32:24); "Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik
(martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada
Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya (syurga)
dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)".
(QS. 25:75); "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan
ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS.
39:10);
Saiyidina Ali Abu
Talib k. a. w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu
berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika
engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau
berdosa.
Yakinlah,
keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus
menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi
manisnya berpanjangan. Wallahu a'lam.
credit ; google image :)
|