Storyy Starts From Heart ~
Le Director

Navigation : touch hover image



Entry Boss Linkies
Im not nerd. Im just Smarter than you.i'm not Perfect but I'm Simple .


Come And Sing Together


Le Credits ;

Skin by; Yaya hassan
Blog owner; MisS FyQa Omar
Re-edit; Little Sister




---> DuniawiPadaSiKerdil ..


Kita sering diingatkan tentang “ Dunia hanyalah Sementara ”

Tapi kita sering alpa tentang dunia ini.

Manusia mudah alpa tentang apa yang diajar dan didengari.

Manusia hanyut dibuai oleh keseronokan duniawi.

Tetapi mereka lupa tentang keseksaan di neraka jahanam.

ALLAH… Dunia semakin LARA…

Tanpa iman, hanyutlah kita ke lembah kehinaan.

SubahanALLAH, sentiasa ingatlah! Keseksaan di akhirat.

Sedangkan panas di dunia pun ramai manusia yang merungut.

Inikan pula panas ketika berada di neraka.

Tiada dulu, tiadalah sekarang.

Manusia seringkali di dedahkan dengan kata ini.

Tetapi, INGATLAH! Kadangkala perkara dulu tidak perlu diingati.

Kerana ianya hanya boleh melemahkan diri kita sendiri.

Perkara dulu tidak semuanya memberikan kita pengajaran.

Ada diantaranya yang boleh membuatkan kita alpa dan melupakan segala dosa dan pahala.

Manusia telah dikurniakan AKAL FIKIRAN di dalam diri masing-masing.

Tapi bergunakah AKAL itu kepadamu ??

Tanpa sedar, kadangkala kita telah melupakan tentang keberadaan akal dalam hidup kita.

Kerana apa??

Kerana kita masih melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.

Kita tahu bahawa perkara itu perkara yang sangat perlu dijauhi,

Tapi kita tidak menggunakan akal fikiran kita itu dan masih tetap mahu melakukan perbuatan tersebut.

SUBAHANALLAH!! Kita ini terlalu hina dimata-NYA.

 

YA ALLAH, aku hambamu yang lemah dan sentiasa terleka dengan kealpaan duniawi. Ampunkan segala dosaku sekiranya aku terleka dan melakukan kesalahn yang telah ditegah olehmu. Kau berilah aku petunjuk dan hidayahmu. Kau tetapkanlah hatiku agar sentiasa mengingatimu dan beribadah kapadamu. Berilah aku kekuatan agar aku kuat untuk menghadapi segala dugaan dan cabaranmu yang engkau turunkan kepadaku. Jauhkanlah aku dari seksaan ap nerakamu. Hanya engkau yang MAHA PENGAMPUN lagi MAHA MENGASIHI. YA ALLAH, semoga engkau terimalahtaubat hambamu yang kerdil dimatamu. AMIN, AMIN YA RABB ..