Storyy Starts From Heart ~
Le Director

Navigation : touch hover image



Entry Boss Linkies
Im not nerd. Im just Smarter than you.i'm not Perfect but I'm Simple .


Come And Sing Together


Le Credits ;

Skin by; Yaya hassan
Blog owner; MisS FyQa Omar
Re-edit; Little Sister




---> Ketentuan Ilahi


Assalamualaikum dan selamat malam .
Entry pertama untuk malam nie, dan mungkin terakhir , sebab mata nie dah kuyu sangat. Lepas tu fyqa tak larat. Badan nie rasa letih teramat. Kalau berdiri lelama fyqa rasa macam nak pengsan je.
Yang menjadi tanda Tanya dalam diri fyqa, fyqa nie dah lama tak rasa perit teramat sangat macam fyqa alami sekarang nie. Lepas satu2 sakit fyqa alami, tapi fyqa hanya diamkan, sebab tak tahu nak cakap macam mana dan kepada siapa. Bukannya niat nak rahsiakan, tapi sebab tak nak susahkan sesiapa. Lagi-lagi nak minta simpati orang lain.

Memang tak nafikan fyqa nie dulu boleh dikatakan selalu juga ulang-alik jumpa dokter kat hospital kedah zaman2 masih belajar kat sana. Tapi lepas saja habis kat sana terus fyqa tak sambung jumpa dokter kat sini. Mana taknya, sama je jumpa ke tak sebab bukannya fyqa nie rajin makan ubat pun. Nak tunggu sampai sakit teruk, berair mata tahan sakit baru reti nak makan. Ketegaq memang lagu nie lah jawapnya.  Tapi seriously, memang dah lama tak sakit macam nie, tapi sejak2 akhir nie pulak tiba-tiba makin menjadi2 pula sakitnya. Lepas tu tambah pula sakit2 lain. Fyqa pun tak tahu kenapa. Banya sangat kot dosa, tu yang Allah uji fyqa kan. Ya Allah semoga kau kuatkan hati hambamu ini.

Apa yang mampu fyqa buat hanya kuatkan hati dan berdoa semoga tak ada yang serius. Sebab fyqa memang dah malas sangat nak jumpa dokter sebab nanti dokter cakap benda yang sama. Tawakal saja dengan apa yang Allah dah tetapkan. Semoga tabah kan hati untuk hadapi semuanya. Harap rakan-rakan dapat doakan yang terbaik untuk fyqa. Fyqa terasa sangat perlu untuk akhiri entry kali nie, makin lama makin berdenyut-denyut kepala nie.

** TerimaKAsih kepada En Tuan Fakharudin sebab sudi belanja semua pekerja bahagian Pengurusan Acara tadi. Sangat sangat kenyang sampai tak larat nak jalan. Ana ikan bakar petai, Bandar baru bangi. Not bad lah, sedap juga. Happening saja tadi walaupun ada sikit kecik hati dengan staff yang lain, tapi ingat apa entry fyqa sebelum nie, kita lihat dan tengok sahaja apa lagi yang mereka nak lakukan. Kita hanya perlu SENYUM . MMuaaahhh :P


“ ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT BERADU SEMUA “