
![]() Le Director ![]() Come And Sing Together
| ---> WahaiHati .
Assalamualaikum dan selamat malam semua . Fyqa rasa lah , macam malam nie banyak benda yang fyqa nak luahkan , tapi almaklumlah , kepala nie bukan robot yang boleh berfungsi seperti apa yang dah kita setkan . Melampau lah kalau macam tu * nampak sangat berbohong . KriikKriik .
Kawankawan semua , dah lama fyqa tak tulis tentang sesuatu yang memberi impak dalam hidup kita nie. Okay malam nie, kita berjiwang pula, boleyy tak kawankawan ?? Boleyy lahhh * menggoda sikit * HAHA (!) Mohon jangan tergoda ea . Okayy merapu sudahh .
WAHAI HATII . Amboii kemain lagi tajuk entry tu kan. Okayy seperti yang kita sedia maklum, hati perempuan nie LEMBUT okayy . Bukannya perempuan nie minta untuk dijadikan lembut, tapi kami hanya BERSYUKUR dengan apa yang Allah dah ciptakan pada kami . Jadi mohon jangan salahkan kami kalau kami mudah terasa dan tersentuh . Lagi-lagi , perempuan memang mudah untuk menangis . Cuma cara kita tunjukkannya berbeza . Ada yang menangis di depan orang dan ada yang menangis bila bersendirian. Jadi mohon prihatin sikit dengan hati dan perasaan perempuan nie. Mereka mukin tak pernah bagitahu apa mereka rasa, tapi bila mereka sedih atau diam, bermakna, ada benda yang mereka sedang fikirkan. Semua tu sangat susah difahami oleh kaum lelaki .
Wanita menangis bukan kerana lemah , tapi adakalanya mereka menangis kerana mereka tak tahan tanggung perasaan MARAH, GERAM, SEDIH, SAKIT HATI dan yang berkaitan dengannya.
Wanita bukan lemah bila berhadapan dengan orang lain , tapi dah memang semulajadi dicipta sebagai seorang yang LEMAH LEMBUT .
Jadi , jagalah hati perempuan nie sebaik mungkin , mereka mungkin sukar untuk marah, tapi bila mereka marah, tadah telinga dengar mereka berleter dan jangan sesekali merungut . Fahimtum ?? * cewahh .
Actually, semua nie terletak pada dasar hati kita, kalau kita lah, nak ke orang main-mainkan hati kita ? Mesti taknak kan ? Jadinya, janganlah mainkan hati orang lain. Rata-rata sama je, lelaki mahupun perempuan, masing-masing ada hati dan perasaan . Bukannya dicipta sekadar perhiasan dalam badan kita je. Ianya juga ada fungsi untuk diri kita. Renungkanlah yea .
Sama-sama hayati dan fahami .Wassalamualaikum .
|